KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan rancangan strategik bagi menambah baik kemudahan infrastruktur dan sumber manusia untuk Hospital Selayang, Selangor, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau yang melakukan lawatan mengejut ke hospital itu semalam berkata antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) yang sudah tergendala untuk sekian lama menyebabkan semuanya dibuat secara manual.
"Hari ini saya dapat melihat secara dekat dan kenal pasti keperluan mendesak... ada perkara penting yang saya akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan saya mahukan perolehan dibuat segera.
"Antara yang saya perhatikan tadi adalah sistem THIS yang sudah tergendala sekian lama menyebabkan semuanya dibuat secara manual... kita akan tangani segera sistem digitalnya, perolehan peralatan dan meredakan kesesakan di hospital termasuk (menambah baik) perkhidmatan lif," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Dr Dzulkefly berkata rancangan strategik bagi menambah baik kemudahan infrastruktur dan sumber manusia untuk Hospital Selayang perlu bagi memastikan hospital itu tidak hanya memenuhi, tetapi melebihi harapan rakyat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang efisien dan efektif.
Dr Dzulkefly turut menghargai ketabahan dan kreativiti petugas hospital berkenaan dalam mengekalkan perkhidmatan pesakit yang lancar.
Beliau berkata keazaman untuk menaik taraf fasiliti hospital yang telah beroperasi sejak 1999 itu dengan memperkukuh sistem informasinya adalah bukti usaha berterusan KKM dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Menurut hantaran itu, Dr Dzulkefly turut meninjau operasi harian beberapa jabatan penting hospital berkenaan termasuk Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Rekod Perubatan, Jabatan Patalogi, Perkhidmatan Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Hadir sama dalam lawatan itu Pengarah Hospital Selayang Dr Afidah Ali, Timbalan Pengarah Perubatan II Dr Siti Zufina Abd Samah dan ketua-ketua jabatan klinikal serta pengurusan hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Dr Dzulkefly melakukan lawatan mengejut ke Hospital Selayang semalam dan meninjau operasi harian beberapa jabatan penting termasuk Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Rekod Perubatan dan Jabatan Kecemasan dan Trauma. - Facebook Dr Dzulkefly Ahmad
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang
Pengarah Hospital Selayang berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal
Pengenalan sistem parkir mekanikal dijangka mampu mengatasi masalah parkir dan kesesakan di hospital sekali gus dapat memberi manfaat buat pengunjung.
Pemain era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia
Azhar dilapor menderita penyakit angin ahmar selain mengalami komplikasi jantung.
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.
Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang semalam diberikan rawatan terbaik.
Tanah runtuh Batang Kali: Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha
Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan
Perodua sumbang barangan, peralatan bernilai RM151,000 kepada dua hospital
Antara barangan yang disumbangkan ialah peralatan diagnostik, pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis dan hamper untuk para pesakit.
Hannah Yeoh dan Adam Adli ziarah Rahman Sidek
Turut hadir sama, bekas legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek yang juga merupakan abang kepada Rahman.
Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun
Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia.